Monday, December 9, 2013

Hari ini
Hari yang sesuai
Untuk
Membazirkan
Airmata.

Saya marah sedangkan saya tiada kelayakan untuk marah.

Friday, October 11, 2013

mimpi impi mimpi mimpi

     
Saya mahu teruskan tidur,
Saya mahu teruskan bermimpi,
Walau kadang mimpi tidak seindah yang diimpi.















Jika saya boleh memilih,
Bila-bila masa…
Di mana-mana saja…
Apa-apa saja…
Sudah tentu saya sudah memiliki kemahuan saya
Tanpa kamu, kamu dan kamu
perlu gusar
perlu khuatir
perlu bimbang
dan perlu BERTANYA.

Saya masih belum memiliki
Kerana saya tidak bisa memilih sesuka saya
Saya tidak punya apa-apa yang melayakkan saya memilih apa yang saya impi

Mereka ke hadapan, saya ketinggalan berjuta batu.
Mereka senang, saya nangis bertalu-talu.
Mereka bimbang, saya malu.

Kadang saya BERTANYA kepada diri :

“ Mengapa ini berlaku? “
“ Apa akan jadi nanti? “

Berkali-kali saya sendiri menjawab untuk tenangkan diri.
(optimistik konon)

  1. Mungkin apa yang saya impi tidak seindah apa yang ALLAH mahu beri
  2. Atau, perjalanan hidup saya memang ditentukan untuk berbeda sedikit dari mereka
  3. Atau mungkin, saya memang salah memilih jalan sebelum ini

Ya saya tahu kalian seronok, dan mahu saya merasai keseronokan seperti kalian.
Kalau saya sendiri boleh memilih untuk masuk dalam keseronokan yang sama seperti kalian,
Dari awal lagi saya sudah pilih.
Tetapi, kerana saya kekurangan sesuatu, keseronokan itu belum dapat saya rasakan.
Jadi, saya harus teruskan BERDOA, BERUSAHA dan BERSABAR.









































*seperti esei 300 patah kata kejadiannya

Monday, October 7, 2013

1/2 bijak ?

Terlepas tanpa membawa akal yang bijak.
Kiranya apa yang disampaikan cukup menerangkan segala apa yang ada dalam hati.
Namun, sebaliknya.
Makin dia tersakiti dengan penjelasan separa bijak itu.
Sejujurnya, menerangkan sesuatu hal itu bukanlah mudah.
Kadang apa yang ada di hati tidak dapat disampaikan sejelasnya melalui kata-kata.
Saya mengerti soal hati tidak dapat dibaca oleh orang lain.
Untuk mengerti, harus dimengertikan.
Tapi amat sukar untuk saya mengertikan soal hati itu kepada dia,kamu,mereka.
Tolong,
Tolong jangan salah erti apa yang sukar saya jelaskan.
Tolong.

LOST.help.INSECURE.understand.frustrated.PLEASE.

Tuesday, September 24, 2013

kepastian ?

Pasti,
Tiada siapa yang tahu hal masa hadapan.
Aku berimaginasi.
Imaginasi tentang apa yang aku idam dan citakan
untuk masa depan.

Pasti,
Kita semua berimaginasi mengenai
hal yang indah-indah.
Tiada siapa mahu mengimaginasikan
sesuatu yang duka-duka.
Walau dalam imaginasi, apa lagi nyata.

Pasti,
kehidupan tidak akan berterusan indah.
Pasti,
yang duka akan tiba bila tiba masanya.

Pasti,
indah dan duka tidak dapat
dilupakan kedua-duanya jika:-
fikiran masih dapat berfikir nyata.
jiwa masih dalam keadaan normal.

Pasti yang indah membawa kebahagiaan jiwa,
ketenangan hati.
Pasti yang duka membawa kekacauan jiwa,
kelukaan hati.

Tapi, kedua-dua hal yang bertentangan ini mampu
membuat kita mengingati ALLAH SWT.

Bila indah kita bersyukur kepada ALLAH SWT.
Bila duka kita memohon, berdoa kepadaNYA.

Pasti,
begitulah hidup kita.
Apa yang beza ialah
imaginasi kamu tentang kamu,
imaginasi aku tentang aku.


Tuesday, February 26, 2013


bila apa yang diimpikan dibayangkan
menjadi mustahil
(semakin mustahil ? )
yang itu benarbenar dimahukan.
mungkin diri tidak cukup sempurna
serba serbinya untuk memiliki.
kiranya itulah masa depan yang diidam-idamkan.
cukup rapi kronologi bayangan masa depan
dicatit dalam catatan harian.
[ tapi.. layakkah ? ]
mungkin percaturan kehidupan silap dari mula
lagi.
tidak disangka awalnya begitu
tidak menyangka akhirnya mungkin begini.
jadi bagaimana kehidupan dunia
5 tahun mendatang?
atau 10 tahun lagi?

usaha sudah - tawakal ya - doa pasti ]

USAHA ?!
cukupkah usaha yang dikerah ?
atau hanya sambil lewa?
usaha enteng,
maunya menjelajah angkasa.
dikerah peluh setitik cuma,
tapi angannya maw ke bulan macam Neil Armstrong.
mana mungkin !
padanlah mustahil !
mau dibiarkan hidup begini nanti ?

JANGAN !
jangan bazirkan masa muda !
jika nanti apa yang diimpi itu
tidak menjadi realiti.
pasti ada jalan.
walaupun berliku.
biarpun gravel.
sungguhpun berbonggol-bonggol.

"jika tiada sudah jalan lain, maka terjunlah ke
dalam kebusukkan itu dan ciptalah sebuah
keindahan"
- ? -

"guna hati, akal dan fikiranmu"
-meet uncle hussain-

ada jawapannya.
PASTI !

*semua orang ingin memiliki apa yang
diimpi.semoga berjaya ya orang :)


Sunday, February 17, 2013

:'(



fikiran saya ditikam dengan seribu persoalan yang tidak bisa dibongkar.
mungkin saya sukar mendalami apa dalam fikiran kau.
bermaksud saya kurang peka terhadap perasaan orang sekeliling saya.
[huh~ atitude buruk]
apa yang saya fikirkan tidak sama seperti kau atau mereka.
sukar untuk saya definisikan apa terjadi selama kau hilang.
sekurang-kurangnya beritahu saya sesuatu agar sy boleh perbaiki diri.
ya.saya akui saya banyak kelemahan.
sukar memahami.
lambat memahami.
sampaikan tidak terlintas dalam akal bahawa perbuatan saya
 menyebabkan seseorang boleh terluka.
[teruknya~]

tulus dari hati kecil
:maafkan saya jika saya membuat kalian terluka dengan tindakan,
katakata mahupun keputusan yang saya lakukan.
tanpa sedar,saya tidak memahami apa dalam fikiran kalian.
hanya memikirkan diri ini sentiasa betul.
[tidak adil kan?] 
dengan rendah diri saya meminta maaf.